Sunday, 14 December 2014
pakatan sekular menyerang PAS
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
" Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW mendatangkan kiasan terhadap suatu zaman yang sangat mencabar sehinggakan orang yang komited dalam melaksanakan ajaran agama terpaksa menghadapi kesusahan dan cabaran yang sangat hebat. Mereka diumpamakan sebagai orang yang terpaksa menggenggam bara api. Sekiranya seseorang itu tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara agamanya, sudah tentu ia mudah terlucut dan terlepas dari genggamannya.
Hal ini adalah disebabkan suasana persekitaran tidak membantu ke arah menunaikan kewajipan agama, sebaliknya keadaan persekitaran lebih mendorong untuk melakukan kemaksiatan dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan aqidah dan keimanan kepada Allah. Selain itu, ia juga bermaksud bahawa orang Islam berasa tersepit dalam melakukan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat sokongan dan dorongan...!!!
Usah gentar dgn kekuatan musuh tetapi teguh diri dgn kecintaan kepada Allah,pasti semua keperitan itu akan menjadi indah dan manis..
Allahu Akbar !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment