Saturday, 13 December 2014

Jatuhkan Ulama, kuasai PAS : Kronologi yang mesti diketahui

Selagi mana kepimpinan PAS mestilah ulama, maka selama itu Jebon tidak akan boleh menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti diburukkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu barulah Jebon boleh kuasai PAS.

Hari ini Jebon luaran dan pinggiran PAS sudah terserlah. Terakhir ini bermula dari Dr Maza, seorang tunggangan Jebon diluar parti, disambung pula oleh Ustaz Hasrizal Jamil, juga mula telah menyerang ulama di dalam PAS. Seorang orang luar PAS (Dr Maza) dan seorang berada dipinggiran PAS (Hasrizal).

Apa yang Tok nak habaq kat hampa, usaha nak jatuhkan ulama bukan baru bermula pada hari ni tetapi sejak daripada Jebon mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha memburukkan ulama khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu ini, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu Jebon yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.

Setelah Jebon tiada ruang dan peluang di dalam UMNO dan PKR, maka depa telah beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS pada tahun 2004. Maka bermula pada tahun 2005, usaha merosakkan imej ulama lebih giat kerana depa memahami bahawa, dengan syarat ulama sebagai ahli majlis syura dan presiden, maka selama itulah depa tidak mampu kuasai pucuk pimpinan PAS, sebab depa tiada ulama. Kalau adapun,kalau adapun yg ceroi belaka saja.

Pada bulan November 2006, satu usul telah dibawa ke mesyuarat PAS pusat untuk membuang syarat ulama untuk kelayakan ahli majlis syura. usul ini di sokong oleh 11 orang ahli AJK PAS Pusat dan bakinya tidak bersetuju, menjadikan usul itu akhirnya ditolak.....nanti pada posting lain kita sembang pasai 11 org tu pula.

Setelah ditolak, maka cubaan kedua ialah menafsirkan semula siapa ulama? Maka adalah sekoq dua Jebon yang mula bercakap seperti mahathir, Doktor yang boleh baca quran juga ulama, engineering yang boleh baca quran juga ulama. Tetapi cubaan ini juga telah diketepikan kerana semua tahu apa dan siapa ulama, maka tak perlukan kepada penafsiran baru.

Setelah usaha dalaman ini gagal, maka bermula pada tahun 2007, maka mula timbul isu ulama vs profesional. maka bermulalah era perbandingan, pengkategorian dan pengasingan antara ulama dan profesional, walhal ulama itu sendiri adalah satu profesion dan ulama adalah profesional. Sama seperti yahudi memecahkan auz dan khazraj dengan mewujudkan jurang dengan mewujudkan pengkategorian seperti ini.

Muktamar 2009 adalah pentas Penilaian parasit adakah dengan penglabelan dan pengkategorian itu boleh menjatuhkan ulama? Jawapan masih tidak mampu kerana pemilihan itu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa mengalahkan Hussam dengan undian 480 undi berbanding 261 undi. Maka Jebon sedaq bahawa, front fighting depa tak boleh jatuhkan ulama.

Bagi persiapan muktamar pemilihan 2011 menyaksikan seni yang lain, iaitu tanpa menyentuh ulama vs professional tetapi mula mengkritik ulama sebagai lembab, tidak pandai mentadbir, tidak boleh ditegur dan sebagainya. Maka "character assassination" melalui blogger-blogger dan facebooker Jebon dan penggerak-penggerak dalaman seperti Group I (jika depa sedar tapi terus melakukan kerja jahat tersebut) seperti Zainul Faqar,Juragan Belang Tarung,Al-husyen yang digerakkan oleh beberapa pimpinan seperti Ustaz Mat Husin Pasir Puteh, Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzul dan beberapa orang yang lain.

Facebookers bangang seperti Wan Ji,Dr Maza dan yg lain-lain mula dihasut oleh penggerak-penggerak Jebon parti dengan enggagement, buat baik, puji 'enta hebat' dan lain-lain seterusnya diceritakan kepada depa dari masa ke semasa keburukan-keburukan ulama-ulama di dalam PAS. Dalam masa yang sama cuba dipuji tokoh-tokoh politik muzabzab seperti mahfuz omar dan lain-lain untuk diangkat menggantikan ulama. Termasuk Mat Sabu sendiri yang dikedepankan bagi menjatuhkan ulama.

Antara bukti jelas dalam kenyataan Dr Maza bahawa ia bukan mengkritik ulama, tetapi beberapa individu di dalam Dewan Ulama. Dr Maza menyebut: "saya tidak kata Dewan Ulama PAS tetapi beberapa orang yang pakai label ulama." Alasan ini setelah dicabar oleh Dr. Khairudin Takiri untuk berwacana dengan ulama PAS jika benar dakwaan Dr Maza sebelum itu yang ulama PAS tidak boleh ditegur.

Dalam keadaan tidak boleh menyebut dengan jelas di mana kelemahan kepimpinan ulama, dia dengan jelas memuji dalam masa yang sama, dia angkat tokoh yang hendak diangkat oleh Jebon seperti Dato Mahfuz dan Salahudin Ayob. dia menutup temuramah dengan berkata: "Yang lain saya rasa memperlihatkan kematangan seperti Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Mereka menggambarkan sikap individu ingin perjuangkan negara demokrasi".

Untuk makluman, Mahfuz Omar adalah seorang pemimpin yang tak pandai bawa kereta. Apabila sampai di Kuala Lumpur, yang banyak 'tolong' Mahfuz Omar ke sana ke marii adalah Budak Hitam Zainul Faqar. Masa tulah si Budak Hitam ini mula memasukkan maklumat bukan-bukan ke dalam kepala Dato' Mahfuz. Tetapi sekarang Budak Hitam ni tumpu kat Penang pulak. budak tu ada 2 keahlian parti. Dewan Pemuda Wilayah telah menghantar surat ke Pejabat Agong bahawa Budak Hitam ni ada dua keahlian dan sepatutnya sudah gugur keahlian PAS secara automatik menurut perlembagaan, tetapi golongan Jebon di peringkat pusat mempertahankannya. Tujuannya bagi memudahkan pergerakannya di dalam PAS dan PKR

No comments:

Post a Comment