Thursday, 18 December 2014
geng menghina dan tak suka hudud
"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata. al Ahzab ayat ke-36"
Berikut adalah dalil-dalil tentang hudud yang diambil dari al-quran dan hadis:
RIDDAH (MURTAD)
MABUK (MINUM ARAK)
ZINA
QAZAF (TUDUHAN ZINA)
PENCURIAN
PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)
ROMPAKAN (PENCURIAN BERKUMPULAN - MUHARABAH)
Surah Al-Maidah ayat 33: tentang hukuman Muharabah (rompakan)
Surah Al-Maidah ayat 38: tentang hukuman mencuri (potong tangan)
Surah Al-Maidah ayat 44: hukum pemimpin/ulama yang tidak laksanakan hudud
Surah Al-Maidah ayat 45: tentang hukuman qisas dan hukum tidak laksanakannya
Surah Al-Maidah ayat 47-49: hukum rakyat tidak melaksanakan hudud/menyokong pemimpin yang tidak laksanakan hudud
Surah Al-Maidah ayat 90: larangan meminum arak dan puja berhala (riddah)
Surah Al-Isra' ayat 32: larangan zina
Surah An-Nur ayat 2: tentang hukuman zina bagi penzina bukan muhshan
Surah An-Nur ayat 4: tentang hukuman Qazaf (menuduh zina)
Surah An-Nisa ayat 15: tentang hukuman zina bagi penzina muhshan
Surah Al-Hujurat ayat 9: tentang hukuman jenayah baghy (pemberontakan)
apa? minum arak dan murtad xde hukumnya dalam al-quran? takpe.. ade dalil dalam hadis. hadis kan perbuatan atau percakapan Rasulullah saw yang berdasarkan panduan Allah. bukan nabi suka2 cakap/buat.
Tentang riddah (murtad)
"Barangsiapa sahaja yang menukar agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh."(Bukhari (2/280), Abu Daud (4351), At-Tirmizi (145), Nasaie (7/104), Ahmad (1/282)
Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadith Muttafaq ‘Alaih, Riwayat Bukhari, Muslim)
Tentang mabuk (minum arak)
1. As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.
Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r.a merotan Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40 kali rotan).
2. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari Asy-Syafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment