Selagi mana kepimpinan PAS dipimpin oleh ulama, maka selama itulah JEBON tidak akan berjaya menguasai PAS. Ulama mestilah dijatuhkan terlebih dahulu, imej ulama mesti dirobekkan terlebih awal, kemudian syarat ulama di dalam majlis syura mesti dihapuskan, maka pada masa itu, barulah JEBON boleh kuasai PAS.
Apa yang ingin Tok habaq, usaha nak jatuhkan ulama bukanbaru bermula sekarang ni saja. Tapi sejak daripada JEBON mula memasuki PAS setelah reformasi iaitu akhir 1999 dan awal 2000an. Pada masa itu sudah bermula usaha mencalarkan imej ulam, khususnya sewaktu cubaan menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Pada waktu itu, usaha ini dalam skala kecil yang diusahakan oleh individu JEBON yang masih berbaki di dalam parti dan selebihnya berada di dalam PKR dan UMNO.
Setelah JEBON tiada ruang dan peluang di dalam UMNO dan PKR, maka depa telah beramai-ramai berhijrah ke dalam PAS pada tahun 2004. Maka bermula pada tahun 2005, usaha merosakkan imej ulama lebih giat kerana depa memahami bahawa, dengan syarat ulama sebagai ahli majlis syura dan presiden, maka selama itulah depa tidak mampu kuasai pucuk pimpinan PAS, sebab puak JEBON ni tiada ulama. Kalau adapun, ulama yang berpendidikan barat di Mesir, iaitu Mujahid Yusof Rawa yang menuntut di American University di Kaherah, sebuah Universiti Orientalis di negara Arab.
Pada bulan November 2006, satu usul telah dibawa ke mesyuarat PAS pusat untuk membuang syarat ulama untuk kelayakan ahli majlis syura. usul ini di sokong oleh 11 orang ahli AJK PAS Pusat dan bakinya tidak bersetuju, menjadikan usul itu akhirnya ditolak.
Setelah ditolak, maka cubaan kedua ialah menafsirkan semula siapa ulama? Maka adalah seorang dua JEBON yang mula bercakap seperti mahathir, Doktor yang boleh baca quran juga ulama, engineering yang boleh baca quran juga ulama. Tetapi cubaan ini juga telah diketepikan kerana semua tahu apa dan siapa ulama, maka tak perlukan kepada penafsiran baru.
Setelah usaha dalaman ini gagal, maka bermula pada tahun 2007, maka mula timbul isu ulama vs profesional. maka bermulalah era perbandingan, pengkategorian dan pengasingan antara ulama dan profesional, walhal ulama itu sendiri adalah satu profesion dan ulama adalah profesional. Sama seperti yahudi memecahkan auz dan khazraj dengan mewujudkan jurang dengan mewujudkan pengkategorian seperti ini.
Muktamar 2009 adalah pentas Penilaian JEBON adakah dengan penglabelan dan pengkategorian itu boleh menjatuhkan ulama? Jawapan masih tidak mampu kerana pemilihan itu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa mengalahkan Hussam dengan undian 480 undi berbanding 261 undi. Maka JEBON sedar bahawa, front fighting depa tak boleh jatuhkan ulama.
Bagi persiapan muktamar pemilihan 2011 menyaksikan seni yang lain, iaitu tanpa menyentuh ulama vs professional tetapi mula mengkritik ulama sebagai lembab, tidak pandai mentadbir, tidak boleh ditegur dan sebagainya. Maka "character assassination" melalui blogger-blogger JEBON dan penggerak-penggerak dalaman seperti Group Zainul Faqar yang digerakkan oleh beberapa pimpinan seperti Ustaz Mat Husin Pasir Puteh, Dr. Hatta Ramly, Dr. Dzul dan beberapa orang yang lain.
Facebookers JEBON bangang seperti Wan Ji, Hasrizal Jamil,mad dhuha,umno insaf,juragan belang tarung,laman marhaen,zulhazmi dan lain-lain mula dihasut oleh penggerak-penggerak JEBON parti dengan enggagement, buat baik, puji 'enta hebat' dan lain-lain seterusnya diceritakan kepada depa dari masa ke semasa keburukan-keburukan ulama-ulama di dalam PAS. Dalam masa yang sama cuba dipuji tokoh-tokoh politik bodoh sekalipun ikhlas seperti mahfuz omar dan lain-lain untuk diangkat menggantikan ulama. Termasuk Mat Sabu sendiri yang dikedepankan bagi menjatuhkan ulama.
Untuk makluman, Mahfuz Omar adalah seorang pemimpin yang tak pandai bawa kereta. Apabila sampai di Kuala Lumpur, yang banyak 'tolong' Mahfuz Omar ke sana ke marii adalah Badak Hitam Zainul Faqar. Masa tulah si Badak Hitam ini mula memasukkan maklumat bukan-bukan ke dalam kepala Dato' Mahfuz. Tetapi sekarang Badak Hitam ni tumpu kat Penang pulak. Ada dua keahlian, PAS dan PKR. Dewan Pemuda Wilayah telah menghantar surat ke Pejabat Agong bahawa Badak Hitam ni ada dua keahlian dan sepatutnya sudah gugur keahlian PAS secara automatik menurut perlembagaan, tetapi golongan parasit di peringkat pusat mempertahankannya. Tujuannya bagi memudahkan pergerakannya di dalam PAS dan PKR.
kini rancangan jahat JEBON2 ni bertambah besaq dgn penguasaan depa yg majoriti dalam AJK PAS PUSAT,sebab tu lah PasMa seolah2 mempunyai lesen besaq dlm gerakan memburuk-burukkan MSU & TGHH tanpa sedikit pun halangan.!!
Objektif depa sempena muktamar nanti adalah untuk kuasai sepenuhnya saf kepimpinan dalam Pas Pusat..jika usaha itu berjaya,maka depa akan melangkah ke fasa ke2 iaitu memansuhkan MSU yg menjadi penghalang cita-cita depa selama ini..!!!
Seandainya usaha depa gagal dalam muktamar nanti,maka bermulalah sebuah episod baru selepas itu,yg mana NGO PasMa akan didaftarkan sbgai sebuah parti politik baru yg akan menyertai PR...Disaat itu hampa akan boleh lihat,bergondong-gondong JEBON yg menjadi petualang skrg ni menyertai Parti PasMa..!!! ketika itu topeng2 playsafe yg dipakai oleh JEBON2 akan tertanggal dgn sendirinya..
Usaha JEBON2 ni sebenarnya mendapat sokongan drpd PKR & DAP kerana 2 parti tu mmg tak sukakan golongan ulama dan islam..!!!
Usah pedulikan betapa kuatnya depa tetapi tanamkan sikap istiqamah dalam diri kita!!!hiasi diri dgn taqwa,bajakan dgn keikhlasan,Insyaallah pertolongan ALLAH akan bersama kita..!!!
ALLAHU AKBAR !!!!
No comments:
Post a Comment